SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Jumaat, Disember 22, 2006

Anugerah Bertuah PMR 2006

SmileyCentral.com
CALON PMR 2006 Pendidikan Khas
Calon Istimewa Bermasalah Pendengaran
SMK.Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor







Mereka tidak pandai...,
tetapi cerdik.
Mereka tidak cerdik,
tetapi pandai.
Yang pasti mereka hebat dalam sunyi...

"Mereka tidak terbilang.....

Mereka tidak terpandang.....
tetapi mereka istimewa.

Anda tidak akan tahu,
Sehinggalah anda menjadi... sebahagian daripadanya".

Kita ada pendengaran..,
tetapi belum tentu kita mendengar.
Kita kata mereka sunyi...,
tetapi hakikatnya mereka tidak tahu pun apa itu sunyi.








Nama : Norazahanis Binti Ayob

Pelajar terbaik PMR 2006 Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian

4 A, 2 B, 1 C dan 1 D : TAHNIAH !

A - Bahasa Melayu

A - Bahasa Inggeris

A - Matematik

A - Sains

B - Kemahiran Hidup (Pilihan 4)

B - Pendidikan Islam

C - Sejarah

D - Geografi

Meneruskan Pelajaran Di Kelas Inklusif (4 Kenanga SMK.Dato'Penggawa Barat) bersama-sama pelajar normal yang cemerlang, kini mereka setanding.


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan",
WILLIAM LYON PHELPS




Nama : Siti Zalinah Binti Md Shahir

Selain mengalami masalah pendengaran juga mengalami masalah penglihatan.
Bersih dan kemasnya kelas pendidikan khas kerana dia...rajin.

PMR 2006 : 3 D, 5 E

Tidak dapat meneruskan pelajaran kerana masalah keluarga dan masalah kesihatan. Membantu keluarga mengusahakan Perusahaan Desa Membuat Makanan Ringan di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, Pontian.


"Apabila anda telah selesai tugas seharian,
pergilah tidur dengan damai; Tuhan tetap terjaga",
VICTOR HUGO




Nama : Siti Aliah binti Mohd Rosman

Pernah menjadi Johan bercerita dengan bahasa isyarat negeri Johor.
Mahir membuat bakul dari kertas, memasak dan menjahit.

PMR 2006 : 2 C, 5 D dan 1 E TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Johor dalam jurusan Mendandan Rambut & Solekan


"Kumpullah kemewahan setinggi yang anda kehendaki,
namun KESEMPURNAAN kesihatan tetap lebih utama",
JULIA WARD HOWE




Nama : Gan Shu Rong

Mahir dalam lukisan batik perspek.

PMR 2006 : 2 C, 3 D dan 2 E TAHNIAH !

-Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Johor dalam Jurusan Grafik Komputer




"Mereka tidak minta lahir ke dunia,
dan bukan pinta mereka cacat begitu...

dan kita akan lebih cacat ...
kalau tidak ambil kisah hak dan kebajikan mereka."





Nama : Lee Aek Joo

Tauke kebun bunga dan tapak semaian pendidikan khas SMKDPB.
Pakar hiasan bunga hidup!

PMR 2006 : 1 C, 4 D dan 2 E
TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Taman Sutera


"Melihat secara spesifik bukan secara rambang,
Perbetulkan persepsi anda tentang mereka".

Mereka pekak, tetapi kita bukan buta dan tuli!.




Nama : Mohd Syawal Bin Mohd Rosli

Anak yatim piatu, rajin dan sentiasa menghargai guru dan rakan.
Pakar pembersihan.
Mula berjinak di bidang perniagaan.

PMR 2006 : 2 D 6 E

Bekerja sebagai pembantu gerai makan dan gerai pasar tani.

"Kita belum mencapai cemerlang apatah lagi sempurna...,
selagi kita belum menyedari kelebihan pada kekurangan mereka.."





Nama : Abd Wafiy Bin Ahmad

Pemain bola sepak terpilih,
Pemain boling handal,
Pelari terpantas,
Pelukis batik perspek dan khat terbaik!

PMR 2006 : 5 D dan 2 E TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dalam Jurusan Kimpalan.

"Susah dan sukar mereka kerana pekak...,

Susah dan sukar kita kerana gagal mendengar rintihan mereka".



"Kita tahu dunia mereka sepi,

tapi malangnya mereka sendiri tidak tahu erti ;apa itu sepi,

dalam dunia mereka tiada lagu, tiada irama,

...tapi sepi mereka tetap indah"

Lalu apa lagu dan apa irama

boleh kita dendangkan buat mereka...apa...apa

...adakah jawabnya




Isnin, Disember 18, 2006

Salam Pengenalan Pendidikan Khas Sekolah Dato' Penggawa Barat

Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat

  • Program Intergrasi Pendidikan Khas Pelajar Bermasalah Pendengaran
  • Memulakan program pada Januari 1997

Selain menjalani P & P akademik, pelajar di program ini juga menimba kemahiran dalam beberapa bidang bersesuaian dengan kecenderungan dan kemampuan.

Di antara kemahiran yang diterapkan sebagai satu program transisi ialah ;

  • menjahit
  • memasak
  • landskap ( tanaman pasuan, hiasan, simen pero dan pembenihan & semaian pokok)
  • batik perspek (batik alaf baru)
  • guna semula (bakul kertas dan sebagainya)

Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Banyak kepakaran Pendidikan Khas yang dapat diadaptasikan dalam kejayaan dan kecemerlangan sekolah induk. Di antaranya ialah:
  • Landskap dan perkebunan (pembinaan taman)
  • Simen pero (hiasan taman)
  • Semaian Bunga dan Pembenihan Pokok (bekalan pokok bunga)
  • Hiasan dan Gubahan Bunga Hidup (keceriaan kawasan persekitaran)
  • Pelestarian (projek guna kitar semula : kertas, air suling, air hujan, air wuduk)

Kepakaran yang disumbang oleh Pendidikan Khas ini telah banyak membantu SMK.Dato'Penggawa Barat mencapai kecemerlangan fizikal dan menggondol pelbagai anugerah, di antaranya;

  • Anugerah Juara-Juara 3K peringkat kebangsaan (Kementerian Pendidikan)
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan
  • Johan Pertandingan Landskap Negeri Johor (Jabatan Landskap)
  • Johan Pertandingan Sekolah Lestari Negeri Johor (Jabatan Alam Sekitar)
  • Johan Pertandingan Landskap Hari Kebangsaan (Majlis Daerah Pontian)

"Sesungguhnya mereka tidak terbilang ...

mereka tidak terpandang ...

tetapi mereka lebih hebat di kalangan mereka yang hebat.

(Nota: Pelajar SMK.Dato'Penggawa Barat adalah pelajar pilihan-UPSR 5A/4A)


***************************

" Anda tidak akan tahu... sehinggalah anda menjadi sebahagian daripada mereka !"

Ahad, Disember 17, 2006

Kepakaran Pendidikan Khas Dalam Hiasan Bunga Hidup

Kepakaran Pendidikan Khas Dalam Hiasan Bunga Hidup
SMK.Dato'Penggawa Barat,

Pontian, Johor, Malaysia.

Hiasan Bunga Hidup

Salah satu projek utama Program Integrasi Pendidikan Khas Pelajar Bermasalah Pendengaran di SMK.Dato'Penggawa Barat ialah menghasilkan pembenihan dan semaian pokok bunga. Dengan bekalan dan stok pokok bunga yang ada, pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepada unit pendidikan khas menggalas tanggungjawab menghias kawasan sekitar sekolah terutamanya apabila berlangsungnya sesuatu acara di sekolah ini. Ini termasuklah menghias laluan kaki lima, dewan besar dan pentas.




Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat

  • Hiasan laluan kaki lima
  • Hiasan hadapan pentas / dewan
  • Hiasan sudut






Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
  • Hiasan tepi dinding
  • Hiasan tepi laluan kaki lima
  • Hiasan hadapan dewan



Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat

  • Hiasan tengah laluan utama
  • Hiasan hadapan pintu masuk dewan


*******************

"Mereka Tidak Terbilang, Mereka Tidak Terpandang,

Tetapi Mereka Hebat!", PENYELARAS

******************************

"Jangan Jadi Seseorang Yang Melihat Tetapi Tidak Nampak,

Jangan Jadi Seseorang Yang Mendengar Tetapi Tuli", PEPATAH

Sabtu, Disember 16, 2006

Kepakaran Pendidikan Khas

Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,
Pontian, Johor, Malaysia.

"Kekurangan Bukan Penghalang Untuk Menimba Kemahiran",
PENYELARAS


Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding (Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM 265 ( 12" X 24" )


"Di dunia ini benda-benda tidak berubah,
kecuali ada yang mengubahnya", GARFIELD




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding ( Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM265 ( 12" X 24" )


"Nilai sesungguhnya dari seseorang manusia
ditentukan oleh tujuan yang dikejarnya", MARCUS AURELIUS



Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding ( Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM265 ( 12" X 24" )


"Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai,
sedangkan kita tidak tahu ke mana kita pergi", S.N. BREMER



Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding (Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM 265 (12" X 24")


"Dengan memberilah, dan bukannya
menerima, kita boleh jadi kaya", HENRY WARD BEECHER




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding ( Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM 265 (12" X 24" )


"Pupuklah seni untuk menjadi orang yang menyenangkan
dengan cara berbicara yang benar atau diam", S.N.BREMER




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding ( Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM265 ( 12" X 24" )


"Seni yang baik adalah yang merangkumi tangan,
kepala, dan hati secara bersama-sama", JOHN RUSKIN





Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Jam Hiasan Dinding ( Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM 265 ( 12" X 24" )


"Diam-diam ubi berisi,
padi makin tunduk makin berisi", PEPATAH...

Khat Perspek Hasil Kepakaran Pendidikan Khas

Khat Batik Perspek / Arcalic
Hasil Kepakaran Pendidikan Khas
SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian,Johor,Malaysia.



Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Khat ayat Kursi ( Teknik batik perspek / arcalic )
Harga : RM 685 ( 28.5" X 50" )




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Khat Kalimah 'Bismillahirrohmannirrohim' (Teknik batik perspek / arcalic )
Harga : RM 175 ( 9" X 24 " )




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Khat Kalimah 'Bismillahirrohmannirrohim' (Teknik batik perspek / arcalic )
Harga : RM 175 ( 9" X 24" )




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Khat Kalimah 'Bismillahirraohmannirrohim' ( Teknik batik perspek / arcalic )
Harga : RM 275 ( 14" X 22" )




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Khat Kalimah 'Bismillahirrohmanirrohim' (Teknik batik perspek / arcalic)
Harga : RM 325 ( 18" X 26")

Kreatif Pendidikan Khas

Hasil Kepakaran Pendidikan Khas

Kreatif dalam penghasilan batik lukis di atas kepingan perspek.




" Di luar ke dalaman yang paling rendah,
terdapat jalan menuju ketinggian paling
memuncak", THOMAS CARLYLE




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Bunga Tulip( Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM 265 ( 12" X 48")

"Tidak ada satu jenis kemajuan yang setanding
dengan kesihatan sempurna", THOMAS CARLYE




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Orkid( Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM265 ( 12" X 48" )

"Saya adalah sebahagian dari
sesuatu yang saya temui ", ALFRED TENNYSON




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Bunga Tulip( Teknik batik lukisan perspek )
Harga : RM 215 ( 12" X 24" )


"Mempesona adalah kebajikan hati,
bukan ketampanan wajah atau
bentuk tubuh", SIDNEY NEWTON BREMER





Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Buah Anggur(Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM 105 ( 12" X 12" )


"Yang kita dapatkan dari hidup adalah
sepenuhnya yang kita berikan kepadanya", RALPH WALDO EMERSON



Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Buah Liau(Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM105 ( 12" X 12" )

"Manusia adalah seperti apa yang difikirkan dalam hati", RAJA SULAIMAN




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Bunga Raya (Teknikbetik lukisan perspek )
Harga : RM105 ( 12" X 12" )


"Tersandung bukanlah jatuh", PEPATAH PORTUGIS




Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Subjek : Hiasan Dinding Orkid Biru (Teknik batik lukisan perspek)
Harga : RM115 ( 12" X 12")


"Kalau ayunan bergerak ke depan, ia juga akan
bergerak ke belakang", PEPATAH SAILAN