SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Selasa, Ogos 14, 2007

Majlis Perpisahan Ust.Amin Bin Kasbin


Majlis Perpisahan Ust.Md Amin Bin Kasbin telah diadakan pada 13 Ogos 2007.Ustaz Md Amin telah menjawat Jawatan Baru sebagai Pegawai Khas Pendidikan Khas di PPD Pontian.

Ustaz Md Amin mula berkhidmat di Kelas Pendidikan Khas Intergrasi SMK.Dato' Penggawa Barat sejak tahun 2001.

Tahniah, semoga terus berjaya dan selesa dengan jawatan baru!












Penyampaian Cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat.

Ahad, Ogos 05, 2007

Program Transisi Pelajar Pendidikan Khas



Program Transisi Pelajar Pendidikan Khas Kelas Intergrasi SMK.Dato' Penggawa Barat

Program Transisi adalah satu program asas kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar pendidikan khas. Penawarannya adalah bersesuaian dengan kemampuan dan kecenderungan pelajar di samping kemampuan sekolah untuk menawarkannya.

Pelaksanaan Program Transisi di Kelas Intergrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor telah bermula sejak awal penubuhan kelas pendidikan khas ini iaitu pada tahun 1997. Pada ketika itu program ini di kenali sebagai "Sekolah Ke Kerjaya (SKK)".

Pada masa ini beberapa kemahiran asas yang ditawarkan kepada pelajar Pendidikan Khas Kelas Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat ialah:

1. Masakan
2. Landskap dan Tanaman Hiasan
3. Kraf Tangan
- Batik Perspek
- Bakul Kertas
- Bekas Pensel
4. Jahitan
- Langsir
- Baju


Walau bagaimanapun pelaksanaannya adalah bergantung juga kepada kesediaan pelajar. Oleh kerana pelajar di kelas ini juga mengikuti kurikulum kelas normal (Kurikulum Perdana), maka P & P kurikulum adalah bidang keutamaan,dan pelaksanaan Program Transisi adalah dijalankan mengikut kesesuaian masa dan tidak mengganggu P & P.


Sila lawati laman Program Transisi
KLIK DI SINI : Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat


Program Transisi
Pendidikan Khas Online
SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor