SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Jumaat, September 21, 2007

Mohd Udzaini Dalam Kenangan

Al-Fatihah.




Anugerah Bertuah Anakanda Mohd Udzaini Bin Depanaik telah pergi buat selamanya.





Kini dia tinggal dalam kenangan
Rajin
Murah senyum
Pasti kami semua akan merinduimu.

Pemergianmu tanpa diduga
Semalam kau masih bersama kami
Hari ini kau telah tiada
Pergi jauh ke jalan abadi.

Betapa sayangnya kami kepadamu
Namun kau lebih disayangiNya
Pergilah dikau dengan aman
Kami redhakan pemergianmu.

Semoga rohmu beroleh kebahagiaan di sana
Semoga duniamu di sana tidak sesunyi di dunia sini
Semoga dikau tergolong dalam kalangan ahli syurgaNya
Amanlah dikau di sana.

Amin, Al-Fatihah.


20.09.07



Penyampaian Sumbangan Warga SMKDPB Kepada Keluarga Mohd Udzaini

Selasa, September 11, 2007

Mug Pendidikan Khas

Mug Pendidikan Khas

Mug Pendidikan Khas adalah satu lagi "Produk Baru" Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat.

Mug berwarna putih dengan lakaran latar belakang kod tangan amat menarik dan mesti dimiliki.




Harga Jualan RM 4.00 sebiji.






Pandangan Sisi




Pandangan Hadapan

Jumaat, September 07, 2007

JASAMU DIKENANG: Selamat Bersara Pengetua Pn.Hjh.Zaharah Bt Hj.Ahmad

Pengetua Pn.Hjh.Zaharah Bt Hj.Ahmad telah bersara wajib pada 6.9.2007.

Jasa Pn.Hjh Zaharah dalam menentukan hala tuju Kelas Pendidikan Khas Masalah Pendengaran SMK.Dato'Penggawa Barat amat besar ertinya kepada seluruh warga Pendidikan Khas.Tanpa sokongan dan pimpinan beliau, mustahil Kelas Pendidikan Khas boleh wujud seperti keadaan sekarang.Beliau sangat perihatin dan sentiasa menyokong segala perancangan dan pembangunan Pendidikan Khas bagi kemajuan dan kepentingan pelajar istimewa.





Penyampaian Cenderahati daripada Kelas Pendidikan Khas berupa hasil kepakaran Pendidikan Khas, "Khat Ayat Khudsi" oleh Penyelaras Cikgu Mohd Jaszari pada Majlis Perpisahan Pn.Hjh.Zaharah Bt Ahmad sambil diperhatikan oleh En.Karim Bin Sudir (GPK 1) dan En.Mohd Fadir Mohd Salleh (Pengerusi Bilik Guru).