SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Rabu, Februari 27, 2008

Pendidikan Khas Dan Sumbangan Kepada Masyarakat

Dalam usaha memasyarakatkan Pendidikan Khas, Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat sentiasa membuka ruang dan peluang mengembangkan ilmu kepada sesiapa sahaja individu atau organisasi untuk sama-sama berkongsi maklumat dan kepakaran.



Usaha telah dimulakan untuk menggalakkan masyarakat sekeliling untuk sama-sama menyumbang dan memberi dorongan serta sokongan kepada Program Pendidikan Khas terutama kepada individu pelajar.



Di antaranya ialah;




  • Mengembangkan kepakaran yang ada pada Program Pendidikan Khas seperti kemahiran membuat batik perspek, tudung saji hiasan, membuat bakul kertas dengan menawarkan kursus dan demontrasi.

  • Menerima tempahan dari individu atau organisasi.

  • Membekalkan cendemata kepada pihak sekolah.

  • Memberi peluang kepada individu atau organisasi untuk menjadi pengedar kepada produk berjemana "Puyoo Best" hasil usaha peserta Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat terutama produk batik perspek, tudung saji dan kordial minuman.








Mohd Fahminuddin, peserta Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat sedang membuat demontrasi dan tunjuk ajar kepada Puan Emma yang berminat mempelajari teknik membuat batik perspek.







Menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.









Mohd Fahminuddin tekun melakar dan mengukir batik perspef tempahan PIBG untuk cenderamata Mesyuarat Agong PIBG SMK.Dato' Penggawa Barat sesi 2006-2007.









Usaha Mohd Fahminuddin hampir siap - sebanyak 30 keping cenderamata Jawatankuasa PIBG SMK.Dato' Penggawa Barat sesi 2006-2007.





Hasil yang telah siap!