SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Isnin, Jun 23, 2008

Kejohanan Boling Daerah Pontian 2008

Sekitar kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Pontian






Kursus Pemiliharaan Lintah Komersal

Kursus Pemeliharaan Lintah secara komersal ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (Pontian) pada 17 Jun 2008 bertempat di Bangunan Pejabat Pembangunan Koperasi Daerah Pontian.

Seramai 5 orang guru Pendidikan Khas Daerah Pontian turut menyertai kursus tersebut.

En.Md Amin Bin Kasbin - Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Pontian
En.Mohd Jaszari Bin Mohamed Basar - SMK.Dato' Penggawa Barat
En.Mohd Rosman Bin Salubin - SMK.Dato' Penggawa Barat
En.Mohd Ashari Bin Maheran - SMK.Sri Perhentian
Tuan Haji Subari Bin Jubri - SMK.Ayer Baloi


Penceramah sedang menerangkan tentang penyediaan kolam.






Cikgu Rosman mendengar dengan tekun penerangan penceramah

Isnin, Jun 16, 2008

Semarak Islam 2008

Program Semarak Islam Peringkat Daerah Pontian berlangsung pada 8 Mei 2008 bertempat di SMK.Dato'Mohd Yunos Sulaiman,Pekan Nanas.Sementara peringkat negeri Johor pula berlangsung pada 9 dan 10 Jun 2008 bertempat di Kukup Golf Resort, Kukup,Pontian,Johor.

Pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat telah mengambil bahagian dalam acara Bercerita Kisah Nabi dengan Kod Tangan dan Pertandingan Khat Jawi.

Dalam Pertandingan Bercerita, Mohd Fahminuddin dan Ayu Izura telah menjadi wakil daerah Pontian.Sementara Nurhayati dan Mohd Radzi mewakili Pontian dalam pertandingan tulisan khat.


Nurhayati dan Mohd Radzi semasa menyertai Pertandingan Khat Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor.




Nur Hayati tekun menyiapkan tulisan khatnya.

Dalam Pertandingan Bercerita, Mohd Fahmi telah mendapat tempat ke2.

Rabu, Jun 11, 2008

Lawatan Ke Langkawi 2008

Pelajar dan guru Pendidikan Khas berpeluang mengikuti Lawatan Ke Langkawi sebagai ganjaran Anugerah Sekolah Cemerlang 2007.

Seramai 5 pelajar Pendidikan Khas dan 2 guru terlibat.



Menunggu giliran menaiki feri di Jeti Kuala Perlis






Lawatan Ke Kereta Kabel Gunung Mat Cincang

Di hadapan kaunter masuk Kereta Kabel Gunung Mat Cincang




Menunggu giliran masuk gondola









Di atas pelantar jambatan gantung





Pemandangan menunjukkan jambatan gantung kereta kabel Langkawi






Cikgu Rosman sedang tunggu giliran turun dari pelantar 2



Lawatan Ke Kilang Minyak Gamat Nusantara






Celup tangan ke dalam kawah minyak gamat yang sedang mengelegak


Lawatan Ke Makam Mahsuri





Berangkat pulang