SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Isnin, September 22, 2014





Penyertaan Aktiviti Demonstrasi Menghias Cupcake 
 Pelajar Pendidikan Khas SMKDPB 
Sempena Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2014 
di Tasik Merdeka Johor Bahru

Anugerah Calon Pelajar Terbaik  KoKurikulum Pendidikan Khas Daerah Pontian 2013

Jumaat, April 15, 2011

Program Transisi P.Khas 2011




Aktiviti transisi pelajar bermasalah pendengaran bagi awal tahun 2011 diteruskan. Pelajar didedahkan dengan aktiviti kerjaya perniagaan. Pendedahan awal memberikan pengalaman berharga dalam bidang kerjaya perniagaan.

Kejohanan Olahraga P. Khas Daerah Pontian 2011








Kejohanan berlansung pada 9-10 Mac 2011 bertempat di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at Pontian. Perasmian penutup oleh En Ab Rahim Lamin PPD Daerah Pontian. Semua Pelajar PKhas SMKDPB menyertai acara padang dan balapan. Hadiah telah disampaikan oleh Pen.PPD P.Khas Pn. Edayu.

Selasa, Ogos 17, 2010

Kem Motivasi Pendidikan Khas sekolah Menengah Daerah Pontian 2010

SpeEd SMKDPB menyertai Kem Motivasi di Pusat Ko-kurikulum JB


Pada 3-5 Ogos 2010, Pelajar-pelajar Pendidikan Khas sekolah menengah Daerah Pontian telah menghadiri Kem Motivasi di Pusat Ko-kurikulum, Johor. Kelima-lima orang pelajar Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat telah mengikuti kem tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kayakinan diri pelajar.. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah 'wall climbing', 'absailing', 'water confident' dan Latihan Dalam Kumpulan. Sebaik sahaja habis kem tersebut, semua pelajar kelihatan gembira seolah-olah tidak percaya mereka juga mampu melakukan aktiviti seperti pelajar-pelajar normal yang lain.

Jom kita tengok gambar-gambar kat sana!!!














Isnin, April 19, 2010

Wakil MSSM Pendidikan Khas Pontian

Wakil MSSM Pendidikan Khas Pontian.

Dua orang pelajar dan diiringi seorang guru dari Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat telah turut serta dalam Kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Pontian ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Johor yang diadakan di Kluang,Johor.

Lim Ken Teng mengambil bahagian dalam acara 800m,400m,200m dan 4 x 200m senior.
Tan Siang Lee mengambil bahagian dalam acara 100m,200m,Lompat jauh dan 4 x 100m junior.


Lim Ken Teng telah memenangi tempat Ke3 dalam acara 800m.

Khamis, April 08, 2010

Pelajar Baru Belajar Menghias Tudung Saji

Pelajar baru Tingkatan Satu Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat mula belajar menhias tudung saji sebagai sebahagian kemahiran yang boleh diperolehi melalui Program Transisi Pendidikan Khas.







Lee Shi Yun
menyiapkan tempahan Cikgu Siti Rahmah Abd Rahman.


















Mohd Hafiz cuba menguasai kemahiran menyulam tudung saji.