SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Rabu, Mei 20, 2009

Penilaian Sekolah Kluster 2009

Hari ini merupakan hari bersejarah kepada SMK.Dato'Penggawa Barat dan khasnya Kelas Pendidikan Khas SMKDPB kerana dikunjungi oleh Jemaah Nazir Sekolah untuk Penilaian Sekolah Kluster 2009.

Terima kasih kepada Pn.Chew Leh Choan, Pn.Adayah Binti Zakaria dan En.Aslam Bin Mohd Noor di atas kesudian meluangkan masa melawat Kelas Pendidikan Khas Pelajar Bermasalah Pendengaran.

Jumaat, Mei 15, 2009

Selamat Hari Guru

Esok 16 Mei adalah tarikh keramat...Hari Guru


Selamat Hari Guru!









Guru akitek modal insan sejati.
Dari gurulah bermulanya sejarah kegemilangan seorang insan.
Gurulah yang mengajarnya tulis,baca dan kira.

Isnin, Mei 11, 2009

Wajah Baru Blog Sejarah & Geografi

Blog matapelajaran Geografi dan Sejarah telah bertukar wajah.

Tamplate blog ditukar daripada tamplate blogger kepada PYZAM.com

Klik di sini untuk lihat: SEJARAH / GEOGRAFI








Jumaat, Mei 08, 2009

Sidang Video 3G


Penggunaan telefon 3G sangat penting kepada orang pekak dewasa ini.

Dengan kemajuan teknologi telefon 3G, orang pekak boleh berkomunikasi secara bahasa isyarat dengan rakan lain walaupun mereka terpisah lokasi.

Teknologi 3G sangat membantu komunikasi di kalangan komuniti orang pekak.


Pelajar Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat yang mempunyai telefon mudahalih 3G ini diberi kebenaran khas untuk menggunakannya di kawasan Kelas Pendidikan Khas ( dalam kelas sahaja).Walau bagaimanapun penggunaannya adalah tetap satu larangan di kawasan lain persekitaran sekolah.

Waktu yang diperuntukkan khas untuk sidang 3G:

Hari: Jumaat (hari persekolahan)
Masa: Antara pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi (untuk terima panggilan)
Antara pukul 9.30 pagi hingga 10.00 pagi (untuk membuat panggilan)

Kemudahan ini dapat memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan teknologi 3G untuk kebaikan mereka terutama untuk mendapatkan maklumat terkini daripada rakan yang berjauhan atau ahli keluarga.









Telefon bimbit 3G untuk sidang video dengan rakan atau guru di tempat lain.

Air MILO

Hari ini PPM (Pembantu Murid) kami bercuti.

Biasanya dialah tukang buat air untuk minum pagi kami.

Hari ini dia tak ada.Peluang kami tunjuk bakat buat sendiri air.

Dulu dah belajar dalam PROGRAM TRANSISI cara-cara buat air ni.

Tapi hari ini tak tahu air apa nak buat.

Periksa dulu apa ada dalam peti sejuk.




Ada MILO!

Boleh buat MILO 'O' ni.










Bancuh aje la ...








Ni dia hasilnya....ummmmahhh!


Lawati blog TRANSISI KAMI

Selasa, Mei 05, 2009

Pelajar Cemerlang Pendidikan Khas Kecewa

Nor Azahanis yang telah menggondol anugerah pelajar cemerlang OKU SPM 2008 Jabatan Pelajaran Johor kecewa kerana gagal mendapatkan tempat di sebarang pusat pengajian tinggi atau pusat matrikulasi.

Nor Azahanis juga kecewa kerana gagal dipanggil temuduga untuk pengambilan Kursus Perguruan Lepasan SPM ambilan Julai 2009.

Bapanya En.Ayob Bin Kamisan juga merasa kecewa atas kegagalan tersebut.Beliau kecewa kerana seolah-olah kekurangan anaknya menjadi hambatan untuk berjaya sedangkan Nor Azahanis terpaksa bersaing dengan calon-calon lainnya yang normal.Seolah-olah anugerah yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Johor juga tiada makna.

Di mana silapnya?

Keputusan SPM 2008 Nor Azahanis:

Bahasa Malaysia 2A
Bahasa Inggeris 3B
Pendidikan Islam 2A
Sejarah 4B
Mathematics 1A
Science 1A
Additional Mathematics 5C
Prinsip Perakaunan 4B
Ekonomi Asas 1A
Reka Cipta 2A

Isnin, Mei 04, 2009

Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Pontian 2009


Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Pontian telah diadakan pada 4 Mei 2009 (Isnin) bersamaan 9 Jamadilawal 1430H.

Tempat : Program Pendidikan Khas Sek.Keb.Benut

Penyertaan: 1.Nasyhid (Masalah Pembelajaran)
- Lelaki (senior)/ Lelaki (Junior)
- Perempuan (Senior)/Perempuan (Junior)

2.Hafazan (Masalah Pembelajaran)
- Lelaki (senior) / Lelaki (Junior)
- Perempuan (Senior) / Perempuan (Junior)

3.Azan (Masalah Pembelajaran)
- Lelaki (Senior) / Lelaki (Junior)

4.Tilawah (Masalah Pembelajaran)
- Lelaki (Senior)/ Lelaki (Junior)
- Perempuan (Senior) / Perempuan (Junior)





5.Khat Jawi (Masalah Pendengaran & Masalah Pembelajaran)
- Lelaki (Senior) / Lelaki (Junior)
- Perempuan (Senior)




6.Bercerita Kisah Nabi Dengan Bahasa Isyarat (Masalah Pendengaran)
- Lelaki (Senior)


Semua pemenang bagi setiap kategori akan mewakili Pendidikan Khas Daerah Pontian ke Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Muar.