SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Selasa, Mei 05, 2009

Pelajar Cemerlang Pendidikan Khas Kecewa

Nor Azahanis yang telah menggondol anugerah pelajar cemerlang OKU SPM 2008 Jabatan Pelajaran Johor kecewa kerana gagal mendapatkan tempat di sebarang pusat pengajian tinggi atau pusat matrikulasi.

Nor Azahanis juga kecewa kerana gagal dipanggil temuduga untuk pengambilan Kursus Perguruan Lepasan SPM ambilan Julai 2009.

Bapanya En.Ayob Bin Kamisan juga merasa kecewa atas kegagalan tersebut.Beliau kecewa kerana seolah-olah kekurangan anaknya menjadi hambatan untuk berjaya sedangkan Nor Azahanis terpaksa bersaing dengan calon-calon lainnya yang normal.Seolah-olah anugerah yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Johor juga tiada makna.

Di mana silapnya?

Keputusan SPM 2008 Nor Azahanis:

Bahasa Malaysia 2A
Bahasa Inggeris 3B
Pendidikan Islam 2A
Sejarah 4B
Mathematics 1A
Science 1A
Additional Mathematics 5C
Prinsip Perakaunan 4B
Ekonomi Asas 1A
Reka Cipta 2A

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa kesudahan nasib azahanis yang kecewa tu. Ingin tahu setakat mana pelajar-pelajar pendidikan khas dibela oleh kerajaan .

Anugerah Bertuah berkata...

Salam.Alhamdulillah beliau telah diterima masuk UIA.