SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Sabtu, Julai 14, 2007

Juara Boling Pendidikan Khas Negeri Johor 2007

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Negeri Johor telah dilangsungkan di daerah Kluang sempena Karnival Pendidikan Khas Negeri Johor 2007.

"Mereka Tidak Terbilang,
Mereka Tidak Terpandang,
Tapi Mereka Hebat Dalam Keistimewaan..."
(Renungan)



Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Penggawa Barat,Pontian,Johor telah menghantar 2 orang wakil pemain dan seorang guru pengiring untuk menggalas cabaran dan menjulang nama Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Penggawa Barat khasnya dan Pendidikan Khas Daerah Pontian amnya.






Kontinjen Boling Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Penggawa Barat:

* Guru Pengiring / Jurulatih : En.Mohd Rosman Bin Salubin





* Peserta Lelaki : Goh Kok Keong

* Peserta Perempuan : Norazlina Binti Esa









PENCAPAIAN



* JOHAN PEREMPUAN : Norazlina

* Ke5 LELAKI :
Goh Kok Keong









TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA,JURULATIH,GURU PENGIRING DAN SEMUA KONTINJEN DAERAH PONTIAN YANG DIKETUI OLEH UST.MD AMIN BIN KASBIN (Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Pontian) YANG MENDUDUKI TEMPAT KE2 KESELURUHAN.


TAHNIAH DAN SYABAS ,ANDA SEMUA HEBAT!











Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Penggawa Barat

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan semoga terus berjaya!
Syabas warga pendidikan khas sekolah menengah kebangsaan dato' penggawa barat.

Tanpa Nama berkata...

Biar siapa pun anda,
Biar di mana pun anda,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar serba kekurangan,
Biar seribu halangan merintang,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar senyummu tiada madu,
Biar hilai tawamu tidak merdu,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar mata memandangmu lesu,
Biar mulut mengatamu bisu,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar lagumu tiada irama,
Biar tuturmu tiada frasa,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar rintihmu tiada menyapa,
Biar girangmu tiada mengharga,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Biar...hebatmu tiada terpandang,
Biar...hebatmu tiada terbilang,
Biar...hebatmu tiada kumandang,
Biar...hebatmu tiada terpampang,
Biar...biar...biar...
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Anak-anakku,
Anugerah Bertuah Sekelian,
Anda tetap hebat dalam keistimewaan.

Juangku tetap membela mu,
Juangku masa depanmu,
Nilai budimu setinggi emas,
Hatimu...Hati Emas...

HatiEmas
2007