SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Isnin, Jun 16, 2008

Semarak Islam 2008

Program Semarak Islam Peringkat Daerah Pontian berlangsung pada 8 Mei 2008 bertempat di SMK.Dato'Mohd Yunos Sulaiman,Pekan Nanas.Sementara peringkat negeri Johor pula berlangsung pada 9 dan 10 Jun 2008 bertempat di Kukup Golf Resort, Kukup,Pontian,Johor.

Pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat telah mengambil bahagian dalam acara Bercerita Kisah Nabi dengan Kod Tangan dan Pertandingan Khat Jawi.

Dalam Pertandingan Bercerita, Mohd Fahminuddin dan Ayu Izura telah menjadi wakil daerah Pontian.Sementara Nurhayati dan Mohd Radzi mewakili Pontian dalam pertandingan tulisan khat.


Nurhayati dan Mohd Radzi semasa menyertai Pertandingan Khat Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor.




Nur Hayati tekun menyiapkan tulisan khatnya.

Dalam Pertandingan Bercerita, Mohd Fahmi telah mendapat tempat ke2.

Tiada ulasan: