SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Isnin, Disember 18, 2006

Salam Pengenalan Pendidikan Khas Sekolah Dato' Penggawa Barat

Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat

  • Program Intergrasi Pendidikan Khas Pelajar Bermasalah Pendengaran
  • Memulakan program pada Januari 1997

Selain menjalani P & P akademik, pelajar di program ini juga menimba kemahiran dalam beberapa bidang bersesuaian dengan kecenderungan dan kemampuan.

Di antara kemahiran yang diterapkan sebagai satu program transisi ialah ;

  • menjahit
  • memasak
  • landskap ( tanaman pasuan, hiasan, simen pero dan pembenihan & semaian pokok)
  • batik perspek (batik alaf baru)
  • guna semula (bakul kertas dan sebagainya)

Hasil Kepakaran Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat
Banyak kepakaran Pendidikan Khas yang dapat diadaptasikan dalam kejayaan dan kecemerlangan sekolah induk. Di antaranya ialah:
  • Landskap dan perkebunan (pembinaan taman)
  • Simen pero (hiasan taman)
  • Semaian Bunga dan Pembenihan Pokok (bekalan pokok bunga)
  • Hiasan dan Gubahan Bunga Hidup (keceriaan kawasan persekitaran)
  • Pelestarian (projek guna kitar semula : kertas, air suling, air hujan, air wuduk)

Kepakaran yang disumbang oleh Pendidikan Khas ini telah banyak membantu SMK.Dato'Penggawa Barat mencapai kecemerlangan fizikal dan menggondol pelbagai anugerah, di antaranya;

  • Anugerah Juara-Juara 3K peringkat kebangsaan (Kementerian Pendidikan)
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan
  • Johan Pertandingan Landskap Negeri Johor (Jabatan Landskap)
  • Johan Pertandingan Sekolah Lestari Negeri Johor (Jabatan Alam Sekitar)
  • Johan Pertandingan Landskap Hari Kebangsaan (Majlis Daerah Pontian)

"Sesungguhnya mereka tidak terbilang ...

mereka tidak terpandang ...

tetapi mereka lebih hebat di kalangan mereka yang hebat.

(Nota: Pelajar SMK.Dato'Penggawa Barat adalah pelajar pilihan-UPSR 5A/4A)


***************************

" Anda tidak akan tahu... sehinggalah anda menjadi sebahagian daripada mereka !"

Tiada ulasan: