SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Jumaat, Disember 22, 2006

Anugerah Bertuah PMR 2006

SmileyCentral.com
CALON PMR 2006 Pendidikan Khas
Calon Istimewa Bermasalah Pendengaran
SMK.Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor







Mereka tidak pandai...,
tetapi cerdik.
Mereka tidak cerdik,
tetapi pandai.
Yang pasti mereka hebat dalam sunyi...

"Mereka tidak terbilang.....

Mereka tidak terpandang.....
tetapi mereka istimewa.

Anda tidak akan tahu,
Sehinggalah anda menjadi... sebahagian daripadanya".

Kita ada pendengaran..,
tetapi belum tentu kita mendengar.
Kita kata mereka sunyi...,
tetapi hakikatnya mereka tidak tahu pun apa itu sunyi.








Nama : Norazahanis Binti Ayob

Pelajar terbaik PMR 2006 Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian

4 A, 2 B, 1 C dan 1 D : TAHNIAH !

A - Bahasa Melayu

A - Bahasa Inggeris

A - Matematik

A - Sains

B - Kemahiran Hidup (Pilihan 4)

B - Pendidikan Islam

C - Sejarah

D - Geografi

Meneruskan Pelajaran Di Kelas Inklusif (4 Kenanga SMK.Dato'Penggawa Barat) bersama-sama pelajar normal yang cemerlang, kini mereka setanding.


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan",
WILLIAM LYON PHELPS




Nama : Siti Zalinah Binti Md Shahir

Selain mengalami masalah pendengaran juga mengalami masalah penglihatan.
Bersih dan kemasnya kelas pendidikan khas kerana dia...rajin.

PMR 2006 : 3 D, 5 E

Tidak dapat meneruskan pelajaran kerana masalah keluarga dan masalah kesihatan. Membantu keluarga mengusahakan Perusahaan Desa Membuat Makanan Ringan di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, Pontian.


"Apabila anda telah selesai tugas seharian,
pergilah tidur dengan damai; Tuhan tetap terjaga",
VICTOR HUGO




Nama : Siti Aliah binti Mohd Rosman

Pernah menjadi Johan bercerita dengan bahasa isyarat negeri Johor.
Mahir membuat bakul dari kertas, memasak dan menjahit.

PMR 2006 : 2 C, 5 D dan 1 E TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Johor dalam jurusan Mendandan Rambut & Solekan


"Kumpullah kemewahan setinggi yang anda kehendaki,
namun KESEMPURNAAN kesihatan tetap lebih utama",
JULIA WARD HOWE




Nama : Gan Shu Rong

Mahir dalam lukisan batik perspek.

PMR 2006 : 2 C, 3 D dan 2 E TAHNIAH !

-Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Johor dalam Jurusan Grafik Komputer




"Mereka tidak minta lahir ke dunia,
dan bukan pinta mereka cacat begitu...

dan kita akan lebih cacat ...
kalau tidak ambil kisah hak dan kebajikan mereka."





Nama : Lee Aek Joo

Tauke kebun bunga dan tapak semaian pendidikan khas SMKDPB.
Pakar hiasan bunga hidup!

PMR 2006 : 1 C, 4 D dan 2 E
TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Taman Sutera


"Melihat secara spesifik bukan secara rambang,
Perbetulkan persepsi anda tentang mereka".

Mereka pekak, tetapi kita bukan buta dan tuli!.




Nama : Mohd Syawal Bin Mohd Rosli

Anak yatim piatu, rajin dan sentiasa menghargai guru dan rakan.
Pakar pembersihan.
Mula berjinak di bidang perniagaan.

PMR 2006 : 2 D 6 E

Bekerja sebagai pembantu gerai makan dan gerai pasar tani.

"Kita belum mencapai cemerlang apatah lagi sempurna...,
selagi kita belum menyedari kelebihan pada kekurangan mereka.."





Nama : Abd Wafiy Bin Ahmad

Pemain bola sepak terpilih,
Pemain boling handal,
Pelari terpantas,
Pelukis batik perspek dan khat terbaik!

PMR 2006 : 5 D dan 2 E TAHNIAH !

Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dalam Jurusan Kimpalan.

"Susah dan sukar mereka kerana pekak...,

Susah dan sukar kita kerana gagal mendengar rintihan mereka".



"Kita tahu dunia mereka sepi,

tapi malangnya mereka sendiri tidak tahu erti ;apa itu sepi,

dalam dunia mereka tiada lagu, tiada irama,

...tapi sepi mereka tetap indah"

Lalu apa lagu dan apa irama

boleh kita dendangkan buat mereka...apa...apa

...adakah jawabnya




Tiada ulasan: