SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Jumaat, Januari 18, 2008

16 Amalan Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram (Hari Asyura)

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram.

  • Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram - Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali ( Apabila sampai bacaan kita pada ayat "Iyya kanak budu" kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita, terutamanya untuk anak-anak.Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diminum.
  • Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua') dan 10 Muharram (Asyura).Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
  • Menyepu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan - Allah anak mengangkat darjat kita.
  • Memberi makan kepada orang yang berpuasa - Pahala adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
  • Mandi Sunat - Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit / jauhkan dari penyakit.
  • Menziarah rumah orang alim.
  • Menziarah orang sakit - Sama seperti kita menziarah seluruh anak Adam.
  • Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa / Meluaskan nafkah keluarga.
  • Bercelak mata - Boleh menghindarkan sakit mata.
  • Menziarah kaum keluarga.
  • Memotong kuku.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
  • Sembahyang sunat 4 rakaat - 2 salam (2 rakaat x 2). Niat - Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala). Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
  • Banyakkan bersedekah . Allah akan beri balasan 700 kalim ganda semasa di dalam syurga.
  • Beri makan / pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
  • Berzikir (Hasbi Allah Wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 keping.

Tiada ulasan: