SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK.DATO’ PENGGAWA BARAT,PONTIAN,JOHOR – Semoga anda beroleh manafaat dan gambaran tentang impian dan hasrat kami berdasarkan usaha dan kemampuan kami   

Ahad, Januari 06, 2008

Tahun Hijrah 1429

AMALAN DI BULAN MUHARAM

¤ Puasa: Hari ke-9 (Hari Tasu'a) dan Hari ke-10 (Hari Asyura)

¤ Menyapu kepala anak yatim.Maksudnya belai kepala anak yatim itu ialah menggunakan tangan dengan lembut.

¤ Buat banyak amal kebajikan dan sedekah untuk kaum keluarga, anak yatim dan orang miskin. Diriwayatkan oleh Al-Byhaqi daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa memperbanyakkan pemberian terhadap keluarganya (mereka yang wajib ditanggung nafkahnya) juga ahlinya pada Hari Asyura, nescaya Allah S.W.T. akan memperbanyak pemberiannya untuk seluruh tahun."


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YANG TERJADI PADA HARI ASYURA

1. Allah terima taubat Nabi Adam sehingga suci daripada dosa.
2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.
3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim ( dari pembakaran oleh Raja Namrud) dengan api yang membakar Nabi Ibrahim menjadi sejuk.
4. Allah menyelamatkan Nabi Yusuf dari dalam penjara setelah meringkuk dalam penjara akibat fitnah Siti Zulaika (isteri pembesar Mesir).
5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya setelah berada di atas kapal laut yang terapung di atas banjir besar selama 6 bulan.
6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Ya'Kub A.S. setelah buta akibat banyak menangis kerana anaknya (Nabi Yusuf) hilang.
7. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun setelah 40 hari 40 malam setelah baginda banyak berzikir.
8. Allah menyembuhkan penyakit kulit Nabi Ayub yang lama dideritainya.
9. Allah menyelamatkan Nabi Musa dari dikejar oleh Firaun dengan membelah laut dan memberi laluan kepada Nabi Musa.
10. Allah mengampuni kesalahan Nabi Daud.
11. Allah mengurniakan kerajaan besar kepada Nabi Sulaiman.
12. Allah angkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar puak pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
13. Hari pertama Allah menjadikan alam.
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan dari langit.
15. Hari pertama Allah menjadikah Luh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
17. Allah menjadikan Qalam.
18. Allah menjadikan 'Arasy.
19. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
20. Allah pertama menurunkan rahmat.


DOA AKHIR TAHUN (Baca sebelum masuk waktu Maghrib)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AwAL TAHUN (Baca lepas masuk waktu Maghrib)
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.





Maksudnya
:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tiada ulasan: